Selasa, 15 Julai 2014

Tanda-tanda Jodoh Ada Gangguan Jin @ Sihir Pemisah

Ramai kawan kita yang masih membujang kat sini. Pernah kah anda terfikir sama ada situasi 'berat jodoh' yang anda hadapi itu ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?

Cuba kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah: 

1. fikiran selalu runsing 
2. sakit-sakit di belakang bahagian bawah
3. badan lesu, selalu letih 
4. sakit perut selalu
5. sakit kulit 
6. rasa ada seseorang tidur di sebelah 
7. terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit) 
8. suka menyendiri, pendiam
9. selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
10. selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali  
11. orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh 12.  orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga 
13. selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit 
14. selalu sesak nafas waktu petang lepas asar 
15. imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih 
16. bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam 
17. selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen 
18. selalu kena period pain 
19. ada migrain yg kronik 
20. sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
21. halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir. 
22. selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan