Assalamuaaikum wbt. terima kasih kerana mengunjugi
blog kami. Apa khabar iman kalian? harap semakin mantap ya. sesungguhnya hati
kita sentiasa berbola balik. Ok jangan risau kita boleh mantapkan iman dengan
perbanyakan membaca buku ilmiah dan hadirkan dri ke majlis ilmu.
#Semoga Allah Redho Dengan Usaha Kita
#Barakallahufiq
Jom Kita bincangkan lagi satu isu di mana pada hari ini ramai yang masih musykil tentang hukum hakam wudhu. Bila mana ada sesetengah golongan yang masih berpegang dengan amalan dan tradisi pada zaman dahulu. Dah lapok deq..hahahaha
Soalan (1) - Apa HuKum Cium Jenazah?
Jawapan - Harus kerana ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W.
Jawapan Mantap dari Halaqah -
Hukum seseorang suami atau isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah pasangannya diharuskan dalam Islam.
Mencium mayat dibenarkan kepada mereka yang merupakan mahram kepada mayat tersebut seperti, adik-beradik dan ibu bapa. Begitu juga harus bagi suami dan isteri. Dalilnya ialah hadis Bukhari daripada Aishah r.a. bahawa Abu Bakr al-Siddiq telah mencium Rasulullah s.a.w selepas kewafatan baginda.
(Hadis no 4098, 13/363).
Hadis ini menunjukkan keharusan mencium mayat bagi orang yang harus mencium dan melihat wajahnya ketika hidup. Tujuan mencium adalah kerana kasih dan sayang kepada si mati. Sesetengah ulama merasakan kurang elok memperbanyakkan cium mayat tersebut, memadai dengan sekali sahaja. Rujuk : ibn-jebreen.com
Masalah kedua dan ketiga termasuk dalam hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (termasuk isteri). Ada khilaf di kalangan ulama. Fatwa yang dipilih oleh Lembaga Fatwa Arab Saudi ia tidak batal sama ada dengan syahwat atau tidak. (Rujuk Fatwa 1405, 7/253)
[1&2 dipetik dari : al-ahkam.net]

Jawapan daripada Ustaz Wan Junaidi Hafizullah -
“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk
jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu
adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya.
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya.
Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah
suaminya atas alasan yang sama.
Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak
termakan dengan perkara ini.
Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu
batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?
Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah
yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang
hidup untuk sucikan najis itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka
yang hidup dan bukanlah yang mati.
Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka
yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.
Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka
yang hidup itu, batallah wuduknya.
Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka
suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.
Wallahualam bissawab
Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa
oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )
Sumber asal: Isma Anis Alfikri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan