Selasa, 25 Ogos 2015

Oh Telefon Pintar Ku....

Aku ingin mengambil kedudukan telefon pintar
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu suaminya bertanya.
“kenapa menangis nie?”
“Abang... Cuba lihat karangan budak nie...”
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah Telefon Pintar
“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar. Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar. Saya ingin menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan ibu. Hal ini kerana, saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya. Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar. Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang.
Seterusnya, saya ingin menjadi telefon pintar kerana saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukan masa untuk bersama-sama dengan saya. Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhir sekali, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan menghiburkan mereka. Ya Tuhan, saya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa.
Selesai suaminya membaca karangan tersebut, lalu suaminya berkata
“kasihannya, mungkin anak nie miskin kasih sayang kot. Ibu bapanya terlalu teruk!”
Si isteri lalu menangis mendengar kata-kata suaminya itu...
“abang... ini karangan anak kita bang...”
Mereka pun menangis bersama.
*** Jika diperhatikan sekarang nie... Suami isteri masing-masing sibuk dengan henpon masing-masing. Apa lagi sekarang nie banyak laman sosial seperti email, facebook, whatsapp, wechat dan baru-baru nie line dan beetalk. Fuyuhh  hebat-hebat ... Tapi... kasihan anak-anak kita yang kadangkala kesepian akibat terabai oleh kesibukan ayah dan ibu.
*** So, sama-samalah kita berikan perhatian pada insan-insan disekeliling yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Inn Shaa Allah.
**** Adakalanya kita kena akui kebenaran mesej ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan