Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana sudi
mengunjungi blog kami. Apa khabar iman kalian? Sesungguhnya iman kita ni sentiasa
berbolak balik. So istiqomah untuk berusahan meningkatkan iman kita setiap hari
inn shaa Allah. #Semoga Allah redho atas usaha kita.
Now... jom kita bincangkan lagi satu isu hangat yang
sering kali kita dengari dan mungkin kita sedang alami serta mengikuti
ajar-ajaran yang tidak bertanggungjawab. ^-^
Soalan - Apa Maksud Darah Istihadah nie dan adakah
ia wajib solat dll?
Jawapan – Iyah Wajib keatas kamu kerjakan solat, puasa, tawaf,
membaca Al-quran dan melakukan ibadah-ibadah lain. Di bawah ni ada hurainnya.
Jom Baca!
Maksud Darah Istihadhah
Darah
istihadhah ialaha darah penyakit yang
keluar dari faraj perempuan. Darah ini bukanlah darah haid atau darah
nifah. Ia adalah sejenis darah penyakit. Seseorang perempuanyang ketika
didatangi darah istihadhah, Wajib
berpuasa, bersembahyang dan boleh mengerjakan ibadah lain sama seperti
orang lain yang tidak didatangi haid dan nifas (suci)
Rumusan –
Berdasarkan
pendapat di atas, istihadah merupakan darah yang keluar bukan pada masa haid
dan nifas. Darah istihadah disifatkan sebagai darah penyakit. Untuk mengetahui
darah istihadah ialah darah yang keluar dari rahim perempuan yang melebihi (15
hari dan malamnya) atau kurang (24 jam) dai tempoh haid dan nifas. Dari Aisyah
r.a berkata:
“Fatimah
Binti Abi Hubaisy telah datang menemui Nabi SAW dan berkata : Wahai Rasulullah,
aku telah beristihadah, oleh itu aku tidak suci, maka adakah aku perlu
meninggalkan solat? .Sabda Rasulullah : Tidak, itu hanyalah darah penyakit dan
bukan darah haid. Ketika kedatangan haid hendaklah engkau meninggalkan solat,
dan apabila kadarnya telah berlalu, maka hendaklah engkau membasuh dara yang
berada pada diri ebgkau dan hendaklah engkau bersolat” (Riwayat Al-Bukhari)
Darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan
wanita tersebut mandi hadas dan tidak wajib meninggalkan solat serta puasa.
Oleh itu wanita yang keluar darah tersebut hendaklah membasuhnya, mengikat atau
membalut tempat keluarnya dan hendaklah berwuduk setiap kali hendak solat
fardu.
Faktor Darah Istihadha?
1. Wanita yang mengeluarkan darah istihada adalah
disebabkan kestabilan kesihatan tubuh badan yang tergangg atai stamina yang
disebabkan oleh keroskan organ-organ atau kelenjar-kelenjer yang berada dipersekitaran rahimnya.
Kadangkala boleh juga disebabkan oleh gangguan emosi wanita terseebut.
2. Darah istihadah ini mengalir secara berterusan
dan kadangkal ia berlarutan sehingga bebrapa minggu. Jiak keadaan sebegini
berterusan, maka lebih baik mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan
segera untuk mengetahui apa puncanya.
Ciri-Ciri Istihadah?
a)
Wanita umur sembilan tahun yang mengeluarkan darah
b) Wanita yang keluar
darah melebihi batasan haid sebanyak 15 hari dan malamnya. Atau wanita yang
mengeluarkan darah kurang 24 jam atau satu hari dan malam
c) Wanita yang
mengeluarkan darah melebihi batsab masa nifas sebanyak 60 hari dan malam
d)Wanita didatangi daah
sebanyak dua kali yang disengani dengan masa suci kurang 15 hari dan malam.
Hukum Istihadhah?
1. Tidak Wajib Mandi hadas ketika
ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada bila-bila masa. Kecuali satu
kali ketika haidnya sudah berhenti
2. Orang istihadah wajib berwudhuk
setiap kali hendak mengerjakan solat.
3. Hendaklah ia membasuh
kemaluannya sebelum berwudhu dan kemudian ia menutup kemaluannya dengan sehelai
kain atau kapas untuk menahan atau mengurangi najis daripada terus keluar.
(guna Pantiline/pad) Jika cara ini tidak berjaya menahan dara istihadah, maka
hendaklah ia menyumbat atau mengikat kemaluannya supaya tidak bocor.
3. Tidak menjadi halangan bagi
suami yang ingin menjimak isterinya ketika istihadah. Ini merupakan pendaat
mejoriti para ulamak, kerana ia tidak mempunyai satu dalil pun yang
mengharamkannya.
5. Hukum wanita istihadah sama
sepertimana wanita yang suci daripada haid dan nifas. wanita istihadah boleh
mengerjakan solat, puasa, tawaf, baca Al-Quran, menyentuh Al-Quran dan
sebagainya.
Wallahualam bissawab.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan