Isnin, 19 Oktober 2015

Hukum Darah Istihadhah (Fiqh Wanita)

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami. Apa khabar iman kalian? Sesungguhnya iman kita ni sentiasa berbolak balik. So istiqomah untuk berusahan meningkatkan iman kita setiap hari inn shaa Allah. #Semoga Allah redho atas usaha kita.
Now... jom kita bincangkan lagi satu isu hangat yang sering kali kita dengari dan mungkin kita sedang alami serta mengikuti ajar-ajaran yang tidak bertanggungjawab. ^-^

Soalan - Apa Maksud Darah Istihadah nie dan adakah ia wajib solat dll?
Jawapan – Iyah Wajib keatas kamu kerjakan solat, puasa, tawaf, membaca Al-quran dan melakukan ibadah-ibadah lain. Di bawah ni ada hurainnya. Jom Baca!

Maksud Darah Istihadhah
            Darah istihadhah ialaha darah penyakit yang  keluar dari faraj perempuan. Darah ini bukanlah darah haid atau darah nifah. Ia adalah sejenis darah penyakit. Seseorang perempuanyang ketika didatangi darah istihadhah, Wajib berpuasa, bersembahyang dan boleh mengerjakan ibadah lain sama seperti orang lain yang tidak didatangi haid dan nifas (suci)

Rumusan –
            Berdasarkan pendapat di atas, istihadah merupakan darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas. Darah istihadah disifatkan sebagai darah penyakit. Untuk mengetahui darah istihadah ialah darah yang keluar dari rahim perempuan yang melebihi (15 hari dan malamnya) atau kurang (24 jam) dai tempoh haid dan nifas. Dari Aisyah r.a berkata:
            “Fatimah Binti Abi Hubaisy telah datang menemui Nabi SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah beristihadah, oleh itu aku tidak suci, maka adakah aku perlu meninggalkan solat? .Sabda Rasulullah : Tidak, itu hanyalah darah penyakit dan bukan darah haid. Ketika kedatangan haid hendaklah engkau meninggalkan solat, dan apabila kadarnya telah berlalu, maka hendaklah engkau membasuh dara yang berada pada diri ebgkau dan hendaklah engkau bersolat” (Riwayat Al-Bukhari)
Darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan wanita tersebut mandi hadas dan tidak wajib meninggalkan solat serta puasa. Oleh itu wanita yang keluar darah tersebut hendaklah membasuhnya, mengikat atau membalut tempat keluarnya dan hendaklah berwuduk setiap kali hendak solat fardu.
Faktor Darah Istihadha?
1. Wanita yang mengeluarkan darah istihada adalah disebabkan kestabilan kesihatan tubuh badan yang tergangg atai stamina yang disebabkan oleh keroskan organ-organ atau kelenjar-kelenjer  yang berada dipersekitaran rahimnya. Kadangkala boleh juga disebabkan oleh gangguan emosi wanita terseebut.
2. Darah istihadah ini mengalir secara berterusan dan kadangkal ia berlarutan sehingga bebrapa minggu. Jiak keadaan sebegini berterusan, maka lebih baik mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera untuk mengetahui apa puncanya.
Ciri-Ciri Istihadah?
            a) Wanita umur sembilan tahun yang mengeluarkan darah
b) Wanita yang keluar darah melebihi batasan haid sebanyak 15 hari dan malamnya. Atau wanita yang mengeluarkan darah kurang 24 jam atau satu hari dan malam
c) Wanita yang mengeluarkan darah melebihi batsab masa nifas sebanyak 60 hari dan malam
d)Wanita didatangi daah sebanyak dua kali yang disengani dengan masa suci kurang 15 hari dan malam.
Hukum Istihadhah?
1. Tidak Wajib Mandi hadas ketika ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada bila-bila masa. Kecuali satu kali ketika haidnya sudah berhenti
2. Orang istihadah wajib berwudhuk setiap kali hendak mengerjakan solat.
3. Hendaklah ia membasuh kemaluannya sebelum berwudhu dan kemudian ia menutup kemaluannya dengan sehelai kain atau kapas untuk menahan atau mengurangi najis daripada terus keluar. (guna Pantiline/pad) Jika cara ini tidak berjaya menahan dara istihadah, maka hendaklah ia menyumbat atau mengikat kemaluannya supaya tidak bocor.
3. Tidak menjadi halangan bagi suami yang ingin menjimak isterinya ketika istihadah. Ini merupakan pendaat mejoriti para ulamak, kerana ia tidak mempunyai satu dalil pun yang mengharamkannya.
5. Hukum wanita istihadah sama sepertimana wanita yang suci daripada haid dan nifas. wanita istihadah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf, baca Al-Quran, menyentuh Al-Quran dan sebagainya.
Wallahualam bissawab.
.


Ahad, 18 Oktober 2015

HuKum Cium Jenazah Arwah (Musykil)?

Assalamuaaikum wbt. terima kasih kerana mengunjugi blog kami. Apa khabar iman kalian? harap semakin mantap ya. sesungguhnya hati kita sentiasa berbola balik. Ok jangan risau kita boleh mantapkan iman dengan perbanyakan membaca buku ilmiah dan hadirkan dri ke majlis ilmu.
#Semoga Allah Redho Dengan Usaha Kita
#Barakallahufiq


 Jom Kita bincangkan lagi satu isu di mana pada hari ini ramai yang masih musykil tentang hukum hakam wudhu. Bila mana ada sesetengah golongan yang masih berpegang dengan amalan dan tradisi pada zaman dahulu. Dah lapok deq..hahahaha

Soalan (1) - Apa HuKum Cium Jenazah?

Jawapan - Harus kerana ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Jawapan Mantap dari Halaqah -

Hukum seseorang suami atau isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah pasangannya diharuskan dalam Islam.

Mencium mayat dibenarkan kepada mereka yang merupakan mahram kepada mayat tersebut seperti, adik-beradik dan ibu bapa. Begitu juga harus bagi suami dan isteri. Dalilnya ialah hadis Bukhari daripada Aishah r.a. bahawa Abu Bakr al-Siddiq telah mencium Rasulullah s.a.w
 selepas kewafatan baginda. 
(Hadis no 4098, 13/363).

Hadis ini menunjukkan keharusan mencium mayat bagi orang yang harus mencium dan melihat wajahnya ketika hidup. Tujuan mencium adalah kerana kasih dan sayang kepada si mati. Sesetengah ulama merasakan kurang elok memperbanyakkan cium mayat tersebut, memadai dengan sekali sahaja. Rujuk : ibn-jebreen.com

Masalah kedua dan ketiga termasuk dalam hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (termasuk isteri). Ada khilaf di kalangan ulama. Fatwa yang dipilih oleh Lembaga Fatwa Arab Saudi ia tidak batal sama ada dengan syahwat atau tidak. (Rujuk Fatwa 1405, 7/253)

[1&2 dipetik dari : al-ahkam.net]


Soalan (2) Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah?

Jawapan daripada Ustaz Wan Junaidi Hafizullah  - 


“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya.
Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.
Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?
Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.
Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.
Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.
Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Wallahualam bissawab 

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

Sumber asal: Isma Anis Alfikri


Rabu, 7 Oktober 2015

Hukum Suara Wanita (Fiqh Wanita)

Terima Kasih kerana mengunjungi blog kami.
Assalamualaikum ya haura bakal syurga akhirat. Siapa suka dengar lagu nasyid or bernasyid? wah semua sukakan, apa lagi kalau menang..fuyuoo dapat hadiah oh... hahahaha
Cerita pasal nasyid saya teringat soalan dari hamba Allah nie. Ukhti nie adalah sahabat usrah dengan saya. Dari jauh saya sudah agak kedatangan dia kemari tak bukan ada kemusykilan..hehehe.....
Assalamualaikum,
Ukhti..kedatangan ana ke sini adalah ingin menanyakan tentang suara wanita.  Apa hukum wanita bernyanyi di hadapan ajnabi.  Bukan apa ana adalah salah seorang ahli nasyid dan selalu hadir dalam majlis sebagai nasyid wanita.
Harap dapat dijelaskan hukumnya syukran.
Jawapannya adalah Haram! kenapa ianya haram? sebab orang yang mendayung-2kan suaranya dan dapat menaikan syahwat lelaki jelas lagi bersulu hukumnya haram!!!

Berdasarkan dalil firman  Allah SWT yang  memberi amaran kepada kita tentang suara wanita (bermaksud):

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)"
(Al-Ahzab : 32)

Wallahualam bissawab...


Walaubagaimana pun kita akan selidik dan analisis tentang hukum suara aurat wanita nie lebih mendalam. Baca sampai habis ya kemudian buatlah spekulasi sendiri. Ingat jangan stop sampai sini jer. Baca huraian ustazah shahidah...

Jawapan dari :
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Menjadi lumrah manusia memiliki jiwa seni yang sangat meminati muzik dan nyanyian sebagai satu media untuk menghiburkan hati, melepaskan lelah bahkan menghilangkan tekanan jiwa.
Lebih-lebih lagi muda mudi juga amat meminati muzik dan lagu. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini, atas kesedaran Islam muda-mudi Islam mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam. 
Untuk menjawab persoalan ini kita perlu meneliti persoalan pokok yang  menjadi asas perbincangan ulama’ iaitu persoalan hukum suara wanita, adakah aurat atau tidak aurat.
 Sebenarnya suara  wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat.
Maksudnya di sini kebanyakan ulama’ mengatakan suara wanita dalam percakapan biasa di hadapan lelaki bukan mahramnya  tidaklah aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat .
Yang menjadi persoalannya di sini ialah suara wanita yang dilunak-lunakkan seperti dalam nyanyian,nasyid atau percakapan yang dilunakkan, adakah ia aurat atau bukan aurat, harus atau haram.
 Di sana terdapat dua pendapat ulama’.
Pendapat  pertama dari Imam Al Suddi, Ibnu Manzur, Ibnu Athir mengatakan ianya adalah aurat, yaitu apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi, bernasyid atau melunakkannya di hadapan lelaki bukan mahramnya.

Dalil mereka adalah berdasarkan firman  Allah SWT yang  memberi amaran kepada kita tentang suara wanita(bermaksud):

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
           Imam As-Suddi berkata : 

Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut  dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Berdasarkan dalil ayat serta pendapat ulama yang dikemukakan ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita, ia adalah dibenarkan.
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang  diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah (alasan) suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan dibuat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih, ketat dan tudung juga tidak menutup dadanya dengan baik.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata, apatah lagi  penyanyi atau penasyid  wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw.Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

“Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”.

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Pendapat yang kedua pula mengatakan harus.
Ini adalah pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini?  Namun Nabi  SAW membiarkan sahaja Aisyah menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW membenarkan wanita menyanyi di khalayak lelaki.

Saya memetik pandangan seorang ulama’:

”Dalam konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau dibenarkan wanita menyanyi di khalayak ramai. Kerana dibimbangi sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini”.
Demikian pendapat seorang ulama’ kita.
Namun, apa yang penting hendaklah dijaga beberapa syarat , pertama mereka mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat. Kedua tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah. Ketiga, tidak bersolek dan berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah. Selain itu hendaklah dipastikan suasana majlis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Dan atas nama dakwah juga majlis/pertunjukan itu hendaklah digunakan untuk berdakwah kepada golongan yang hanya pergi majlis hiburan sahaja, tidak pergi masjid, surau dan majlis ilmu untuk mengaji ilmu agama, dengan menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir kepada Allah dengan menyatakan kelebihan-kelebihannya kepada mereka . Peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang syumul. Dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati mereka untuk mendekati Islam,mengkaji dan seterusnya menjadi orang soleh dan solehah serta meninggalkan maksiat pada satu hari nanti. 
 Demikianlah perbahasan kita dalam persoalan yang dikemukan.
 Kesimpulannya   ada 2 pendapat ulama’ tentang wanita yang menyanyikan atau bernasyid dikhalayak ramai. Satu pendapat mengatakan ia adalah suatu perkara haram . Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa.
Sementara ada pendapat ulama’ yang mengatakan ianya harus dengan memberi syarat-syarat yang ketat dalam pelaksanaannya dan hendaklah dipastikan ianya atas tujuan dakwah bukan dengan tujuan hiburan semata-mata.
Jadi kita boleh memilih mana satu pendapat yang kita suka, dengan melihat kepada kepentingan atau keadaan tertentu, tapi kena tanyalah pada iman kita jangan tanya pada selera kita.

WALLAHU A’LAM
**** Macam mana? harap jawapan ustazah shahidah membantu... inn shaa Allah****
~Akhir kata~

“Tunduk Sebagai Hamba Dan Berjalanlah Sebagai Khalifah” 

Selasa, 6 Oktober 2015

Pakaian Di Neraka

Assalamualaikum ya haura sekalian . Pakaian di neraka? Erm... macam best jak tapi macam seram pun ada. Huhuhu...  Jom Tengok teks di bawah nie.
            Ketika kita berada di dunia yang fana ini, pakaian merupakan keperluan untuk menutupi aurat dengan sempurna dan melindungi kulit daripada kepanasan ataupun kesejukan.
 ^ Kelak nanti akhirat yang abadi^
Di neraka manusia tidak akan memilih pakaian yang hendak dipakai atau pakaian yang mana suka dipakai. Di Neraka tiada pilihan....no choice...
Pakaian neraka sudah tentunya pakaian daripada api.

            Firman Allah SWT yang Bermaksud :
            “Maka orang-2 yang tidak beriman, (kafir) buat mereka dibuatkan pakaian daripada api, dan disiramkan ke atas kepala mereka dengan air yang mendidi”
(QS.Al-Haj:19)

Gerunkan pakaian dari api....Huhuhu Terpijak bara aapi sudah tentu kulit sudah hancur. Contohnya, berlakunya peristiwah-2 di negara kita sendiri bila mana berlakunya tragedi kebakaran rumah, kilang, dll. Anda fikir ada tak barang kita selamat? confirmlah tak adekan mala kalau orang yang terbakar terus rentung. anda rasa macam mana?...Allahu....

            Firman Allah SWT yang bermaksud :
            “Mereka mempunyai tempat tidur daripada api yang menyala dan di atas mereka ada
tutup dan begitulah kami memberikan balasan kepada orang-2 yang Zalim’
(QS.Al-araf:41)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
“Dan kamu akan melihat orang-2 yang berdosa di hari ini, diikat bersama dengan belanggu. pakaian mereka adalah dari pelangkin(ter atau aspal) dan muka mereka ditutupi oleh api neraka” (QS. Ibrahim 49:50)

Dalam hadits sahih muslim dari Abu Malik Al-Asy’ari. Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :
            “Wanita yang meratap-2 (ketika mendapat musibah kematian) apabila tidak bertaubat ( dari dosa tersebut) sebelum matinya, maka ia akan dibangkitkan dari hari kiamat dengan memakai pakaian yang dibuat( yang dibuat) dari “Qathiran” (lembaga yang dilebur) dan memakai perisai dari Jerab (penyakit gatal-2)       (HR. Muslim

Semasa di dunia manusia merasalah untuk bertilam empok, dan berselimut yang cantik lagi tebal.  Tetapi di neraka semakin berselimut, semakin membahang kepanasan dan menghapuskan kulit. Betapa seksanya hidup di neraka. manusia tidak akan sanggup untuk menanggungnya. Marilah kita bersusah-2 dahulu, dan bersenang-2 kemudian. Biarlah kita bersusah di dunia dalam mentaati Allah dan memelihara hukumnya. Takbir! Allahuakbar!
Biar kita tahan sedikit kepanasan yang dialami dalam menutup aurat dengan sempurna, susah payah beribadah dan berbuat kebaikan demi memelihara hukum Allah daripada terseksa di neraka.  Mereka yang sedar dan yakin adanya seksaan dalam api neraka akan berhati-2 dan berpakaian. Ketika berpakaian di dunia hendaklah mengikut  syariat. Menjaga batasan-2 berpakaian yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Ya Muslimah Bakal Syuga Akhirat. Ketika berpakaian, kamu harus memilih antara syurga dan neraka orait. “Jannah or Jahannam”? It’ up to you dear...

“Akhir Kata”

“Tunduk Sebagai Hamba dan Berjalanlah Sebagai Khalifah”